Masalah penghantaran punca bekalan tak sampai, kata menteri

  • 9 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong mengakui terdapat kekurangan bekalan makanan di sesetengah tempat di Kuala Krai kerana pasukan bantuan tidak berjaya menuju ke lokasi berkenaan.

Kata beliau, helikopter yang digunakan gagal mendarat bagi menyerahkan bantuan di sesetengah tempat yang dinaiki air dan memaklumkan bahawa pihaknya masih memerlukan lebih ramai sukarelawan.