Mahfuz: Tiada gerakan dalam PAS untuk jatuhkan Hadi

  • 9 years ago
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menafikan terdapat gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Semalam, penyokong Hadi berkumpul di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur sebelum mesyuarat jawatankuasa pusat parti bagi menunjukkan sokongandan mendakwa terdapat beberapa ahli yang menjadi dalang mahu menjatuhkan presiden itu.