‘Barua jubah hitam’ - polis tahan reman Zunar 3 hari

  • 9 years ago
Polis mendapat perintah reman tiga hari terhadap kartunis Zunar yang ditahan malam semalam berikutan tweet mengecam pihak “berjubah hitam” selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah kerana meliwat.

Zunar kini disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana tulisannya yang berbunyi
“Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.”