Wan Azizah, Tuan Sabariah kongsi duka kehilangan suami

  • 9 years ago
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menyampaikan takziah kepada Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak atas pemergian Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Presiden PKR dan keluarganya bergegas ke Kota Bharu dan tiba lewat petang, selepas sempat berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buluh, pada sebelah pagi semalam.