Tranformasi teksi gagal, pemandu demo di Putrajaya

  • 9 years ago
Lebih 200 orang pemandu teksi Lembah Klang berhimpun di depan Pejabat Perdana Menteri menuntut supaya Tan Sri Syed Hamid Albar meletak jawatannya sebagai pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana gagal mentranformasi industri teksi negara.

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamaruddin Mohd Hussain menyerahkan memorandum kepada wakil perdana menteri yang mengandungi 10 tuntutan berhubung kebajikan pemandu teksi Lembah Klang.