Mesir hukum aktivis Abdel Fattah 5 tahun penjara

  • 9 years ago
Aktivis demokrasi terkemuka Mesir, Alaa Abdel Fattah dijatuhi hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah menganjurkan perhimpunan haram.

Beliau juga didapati bersalah kerana menyerang seorang anggota polis.

Abdel Fattah ditangkap pada November 2013, dua hari selepas demonstrasi diadakan di luar Parlimen bagi membantah perbicaraan penduduk awam oleh mahkamah tentera.