'Mari berdoa agar Rosmah tidak boros'

  • 9 years ago
PKR menasihatkan Datin Seri Rosmah Mansor agar lebih peka dengan beban kos sara hidup masyarakat dan tidak membandingkannya dengan gaya hidup mewah beliau selaku isteri perdana menteri.

Dalam satu kenyataan media, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin berkata, Rosmah tidak seharusnya membangkitkan mengenai kos dandanan rambutnya bernilai RM1,200 ketika paras gaji minimum pada masa ini hanyalah RM900.

Beliau mengulas saranan Rosmah agar kerajaan memperkenalkan garis panduan untuk perkhidmatan rumah ke rumah bagi mengelakkan peniaga meletakkan harga sesuka hati.

Isteri perdana menteri itu, Isnin lalu yang berkongsi pengalamannya juga menceritakan bahawa beliau terpaksa menanggung kos RM1,200 untuk berdandan dan mewarna rambut.