Polis isytihar himpunan tolak Najib sebagai haram

KiniTV

oleh KiniTV

7 tontonan
Ketua Polis Balai Dang Wangi Zainol Samah hari ini berkata himpunan #KitaLawan pada Sabtu yang dijadualkan di hadapan pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur adalah haram kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Selain menuntut keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, himpunan itu juga bertujuan mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya berundur.