Calon ganti PM: Hisham label tinjauan cuba lagakan Umno

KiniTV

oleh KiniTV

2 tontonan
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak tinjauan yang mendakwa bahawa beliau adalah calon yang paling layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

Sambil menganggap tinjauan itu sebagai usaha untuk melaga-lagakan pemimpin Umno, katanya tinjauan yang sama sebelum ini mendapati beliau sukar memenangi kerusi naib presiden.