IS pancung 2 lelaki adakan hubungan sejenis di Iraq

  • 9 years ago
Militan Negara Islam (IS) bertindak memancung kepala dua lelaki yang didakwa terbabit mengadakan hubung seks sesama mereka.

Portal berita Daily Mail menyiarkan semula gambar yang memaparkan tiga lelaki itu dengan mata bertutup kain, melutut di sebuah bulatan di jalan raya sambil disaksikan orang ramai.

Menurut keterangan gambar-gambar yang disiarkan itu laman IS itu, dua daripada lelaki itu dipancung kerana terbabit dalam perlakuan homoseksual manakala seorang lagi atas kesalahan menghina Islam.