Banjir: Tak perlu tubuh RCI, kata PM

  • 9 years ago
Tiada keperluan untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji kelemahan dan kekurangan dalam pengurusan banjir yang melanda negara pada Disember lalu, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, menurut beliau kerajaan akan mengkaji Peraturan Tetap Operasi (PGO), pengendalian bencana banjir dan Prosedur Operasi Standard (SOP) melibatkan agensi kerajaan yang terbabit dalam bencana alam.