'Adakah kepintaran IGP lebih rendah daripada pelajar?'

  • 9 years ago
Ahli parlimen Pakatan Rakyat membidas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menganggap tweet Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua sebagai tidak menghormati Raja-Raja Melayu.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, kegagalan Khalid memahami tweet berbunyi 'Bastards. Real bastards. Royal my foot' dalam reaksi Pua terhadap penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar semalam hanya mencerminkan bahawa kepintarannya lebih rendah daripada pelajar sekolah rendah.