Pakatan mahu Parlimen cela IGP

  • 9 years ago
Pakatan Rakyat akan mengemukakan usul di Parlimen untuk mencela Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana menangkap seorang ahli parlimen berhubung ucapan yang dibuat di dalam Dewan Rakyat.

Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar ditangkap atas dakwaan menghasut kerana membaca ucapan bapanya yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat minggu lalu.