'Bapa Ridhuan Tee tipu Melayu': PAS buat laporan polis

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad membuat laporan polis ke atas Ridhuan Tee Abdullah kerana mengeluarkan kenyataan rasis, mengenai isu penipuan dalam perniagaan di kalangan peniaga Cina.

Katanya, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu dalam kolumnya di Sinar Harian "Maaf atau tidak, sama sahaja" pada 16 Mac lalu seolah-olah mengatakan penipuan hanya berlaku dalam kalangan kaum Cina.