Hadi Awang terus mengelak diri dari wartawan

  • 9 years ago
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus mengelakkan dirinya daripada wartawan apabila bertindak meninggalkan majlis walaupun pihak media dijanjikan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar.

Wartawan diminta berkumpul di bilik media tetapi selepas menunggu lebih sejam, mereka dimaklumkan bahawa Hadi telah beredar dan tidak sempat untuk bertemu wartawan kerana ada hal penting yang lain.