‘Mat Sabu, Husam mampu teruskan legasi Fadzil Nor'

  • 9 years ago
Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Nor mahu perwakilan parti memilih pemimpin yang mampu meneruskan legasi allahyarham ayahandanya dan menempatkan diri mereka dalam arus perdana politik negara.

Muhammad Faiz Fadzil yang juga adalah pengerusi lajnah undang-undang dan hak asasi PAS, Negeri Sembilan berkata perwakilan parti harus menolak pemimpin yang "mengapi-apikan" isu hudud sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti, beliau menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa antara pemimpin yang dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.