Thailand tarik undang-undang tentera

  • 9 years ago
Junta tentera Thailand mengumumkan penarikan undang-undang tentera yang dikuatkuasakan di seluruh negara sejurus sebelum rampasan kuasa 10 bulan lalu.

Bagaimanapun, pihak tentera mengekalkan sebahagian besar kuasa dengan melaksanakan langkah keselamatan khas, iaitu Artikel 44 perlembagaan sementara.

Langkah itu akan membenarkan junta tentera melakukan penahan tanpa waran dan menahan individu tanpa pertuduhan.