POTA lindung hak asasi tahanan, bukan ganti ISA

KiniTV

oleh KiniTV

5 tontonan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan Akta Pencegahan Jenayah 2015 (POTA) yang diluluskan di Parlimen tengah malam semalam akan melindungi hak asasi tahanan seperti yang diminta oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Beliau juga mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa POTA bukan bagi mengganti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.