Had umur keluar KWSP: 50, 55 atau 60 tahun?

  • 9 years ago
Cadangan kerajaan untuk menetapkan had umur pengeluaran simpanan persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada usia 60 tahun menerima reaksi negatif daripada sebahagian besar masyarakat umum.

Mereka berpendapat cadangan itu tidak wajar dan sebaliknya, ramai pula yang menyokong saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mahu had umur pengeluaran diturunkan daripada umur 55 tahun kepada 50 tahun.