Lagi serpihan dipercayai berkaitan MH370 dijumpai

  • 9 years ago
Penduduk tempatan yang memeriksa sepanjang pantai di sekitar Saint-Andre di Pulau Reunion menjumpai lebih banyak objek serpihan yang dipercayai mampu membantu proses siasatan terhadap misteri kehilangan pesawat MH370.

Antaranya, mereka menemui beberapa objek berwarna putih dan dikenal pasti sebagai kayu, daripada kawasan sama di mana seorang pembersih pantai menemui sayap Boeing 777 Khamis lalu.