Pak Lah pula mahu PM jawab bidasan Mahathir

  • 9 years ago
Seorang lagi tokoh negara tampil mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya jangan terus berdiam diri terhadap bidasan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata Najib perlu memberi reaksi kepada kritikan Dr Mahathir kerana polemik berterusan itu, bukan sahaja membawa keburukan terhadap parti, tetapi juga masyarakat keseluruhannya.