PERKASA: Pecat menteri, GLC, agensi 'bisu'

  • 9 years ago
Kumpulan pedesak Melayu, PERKASA mahu kerajaan merombak semula jemaah menteri dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensinya yang dilihat 'membisu' serta tidak mempertahankan dasar-dasarnya.

Sambil mengakui Umno kini ketandusan pemimpin, menurut Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, golongan 'bisu' itu perlu digantikan dengan orang yang lebih layak.