Wartawan menang kereta RM100k pada malam media JPM

  • 9 years ago
Wartawan Kalidass Subramaniom dari akhbar harian Thina Kural membawa pulang sebuah kereta bernilai lebih RM100,000 selepas memenangi cabutan bertuah pada majlis 'Malam Media Perdana 2015' anjuran Pejabat Perdana Menteri malam semalam.

Kereta jenama Peugeot itu adalah hadiah utama daripada lebih 600 hadiah untuk dimenangi. Selain itu, hadiah lain termasuk peralatan dapur dan alat memasak seperti periuk nasi, pengisar, periuk dan kuali.

Terdapat juga basikal dan motosikal, serta peralatan elektronik seperti dua iPhone 6 (64 gigabit) telefon pintar, Samsung Tab 4 tablet, dan Samsung LED televisyen pelbagai saiz sehingga 75 inci.

Recommended