Ponteng siasatan PAC: Apakah Najib lindungi 1MDB?

  • 9 years ago
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melindungi bekas ketua pegawai operasi 1MDB, Datuk Shahrul Halmi dan penggantinya, Arul Kanda Kandasamy sehingga berani tidak hadir pada siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Katanya, PAC seharus bertindak ke atas 1MDB kerana menghina institusi parlimen itu dengan menggunakan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dengan mendenda kedua-duia mereka ataupun membuat tangkapan.