Anak muda tuntut SPRM dedah identiti penderma

  • 9 years ago
Gerakan Anak Muda Harapan Baru memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendedahkan identiti penyumbang dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Penyelarasnya, Mohd Sany Hamzan berkata pendedahan itu perlu dibuat kerana pihaknya mendapati wujud kepentingan peribadi antara penderma dengan Najib.