'Kerjasama PTPTN - Felda tanpa unsur politik'

  • 9 years ago
Perjanjian persefahaman antara Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan Felda memberi faedah pengurangan bayaran balik sebanyak 30 peratus kepada pelajar anak peneroka dibuat tanpa sebarang unsur politik.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menafikan kerjasama antara dua agensi ini untuk menarik semula sokongan pengundi BN di kalangan peneroka Felda selepas merosot daripada 66.53 peratus kepada 61 peratus semasa Pilihanraya Kecil Rompin lepas.