Mahkamah benar Shafee soal balas kes liwat Anwar

  • 9 years ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyoal balas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan lampau kes liwatnya, dalam perbicaraan saman fitnah terhadap Senator Datuk Seri S Nallakaruppan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menolak bantahan awal berhubung soalan berkenaan yang didakwa Anwar mengaitkan perihal karektornya.

Anwar menyaman Nallakaruppan pada 25 Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakaruppan memfitnahnya menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian.