Dewan Ulama PAS kecam 'duri dalam daging'

  • 9 years ago
Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed pada ucaptama ketika muktamar tahunannya, hari ini membidas ahli dan pemimpin parti yang didakwa menjadi 'duri dalam daging' kerana bersekongkol dengan rakan kerjasama politik mencemuh Datuk Seri Hadi Awang.

Tanpa menyebut nama pemimpin yang dimaksudkannya, beliau berkata ketaatan kepada presiden nakhoda perjuangan adalah pra-syarat kemenangan yang perlu dipertegaskan sebagai prinsip perjuangan dalam PAS.