'Anwar susah dapat kurma, kelihatan tak sihat'

  • 9 years ago
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sempat melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ketua umum PKR itu memberi keterangan kepada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara (ASDB) terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas dakwaan salah laku berkata keadaan suaminya kelihatan tidak begitu sihat.

Beliau juga tidak tahu sama ada Anwar yang kini ditahan di penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat mampu berpuasa sempena Ramadan ini kerana tidak berpeluang bercakap dengannya.