‘Tak perlu undi tak percaya pada Najib kerana 1MDB’

  • 9 years ago
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menolak cadangan pembangkang yang mahu membentangkan usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana terpalit dengan skandal 1MDB.

Ketika dihubungi, katanya, walaupun 1MDB adalah satu masalah tetapi tidak perlu tindakan seumpama itu kerana negara masih selamat, keselamatan tidak terancam dan ekonomi juga tidak tergugat.