MiG Online - Interview Promo - Nuremy Impian Raya Emelyn

  • 9 years ago
MiG Online menemuramah pelakon utama untuk drama bersiri Impian Raya Emelyn iaitu Nuremy Ramli.

Drama bersiri Impian Raya Emelyn akan bersiaran pada setiap hari khamis ini (21 Julai 2011) jam 8.30 malam hanya menerusi Slot Aurora di TV9 . Satu lagi telefilem terbitan Metrowealth Pictures.

Emelyn adalah seorang pelajar universiti yang tidak mengalah dengan mudah dalam memikat Aqil. Pada masa yang sama, terdapat seorang gadis, Rina, yang juga menaruh minat pada Aqil. Impian raya Emelyn pada tahun ini adalah untuk menyiapkan sepasang baju raya untuk Aqil yang sedondon dengannya dan untuk menjadi teman wanita Aqil pada Hari Raya yang bakal tiba. Adakah impiannya akan tercapai?