Polis jamin sekitar Bukit Bintang selamat

  • 9 years ago
Polis memberi jaminan bahawa kawasan sekitar Plaza Low Yat di Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang dicemari rusuhan dan keganasan pada Sabtu dan Ahad.lalu adalah selamat dan terkawal.

Ketua Polis Kuala Lumpur Tajudin Md Isa berkata pihaknya telah menempatkan bilangan polis yang cukup untuk mengawal dan keadaan di tempat itu kini tenang.