Ada pihak ketiga mahu Malaysia gagal, kata menteri

  • 9 years ago
Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor percaya ada pihak ketiga mahu melihat Malaysia gagal daripada menjadi model negara berbilang kaum yang boleh boleh diteladani negara lain.

Mengulas rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada malam Ahad lalu, katanya, orang ramai tidak seharusnya mempercayai apa yang ditulis di media sosial tanpa menyemak faktanya. Beliau juga bersetuju supaya kawalan diadakan ke atas media sosial.