'Hanya serbuan cara Bastille mampu singkirkan Najib'

  • 9 years ago
Tokoh Wartawan Negara Datuk A Kadir Jasin percaya cara untuk memaksa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berundur adalah melalui pemberontakan dalam Umno seperti serbuan ke atas Bastile semasa Revolusi Perancis pada 1789.


Menulis di blog, katanya, selagi tidak ada pemberontakan seperti serbuan Bastile oleh rakyat Perancis yang kelaparan sehingga menyaksikan Raja Louis XVI dan isterinya yang tidak bertimbang rasa, Marie Antoinette dipancung kepala, Najib tidak akan berundur.