Tiada bukti, sekat S’wak Report langkah pencegahan

  • 9 years ago
Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini mengakui bahawa siri pendedahan laporan berhubung skandal 1MDB yang dibuat oleh laman Sarawak Report belum dapat dibuktikan sebagai palsu.

Pada satu taklimat kepada para editor portal berita, etua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin berkata sekatan ke atas laman Sarawak Report hanyalah sebagai langkah pencegahan.