NGO mesra BN 'serang' 1Bestari Muhyiddin

  • 9 years ago
Selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan BN mungkin tumbang pada pilihan raya umum kerana terpalit dengan skandal 1MDB yang sarat hutang, NGO mesra BN, Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Muhyiddin.

Penasihat Ekonomi, PMSP Su’ud Riduan berkata, SPRM mesti menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan oleh Muhyiddin selaku menteri pendidikan.