K’jaan gantung permit penerbitan The Edge

KiniTV

oleh KiniTV

1 tontonan
Ketua pegawai eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat berkata kerajaan menggantung permit penerbitan untuk dua akhbar terbitannya, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily.

Dalam satu kenyataan akhbar, Ho berkata, penggantungan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri itu berkuat kuasa selama tiga bulan bermula 27 Julai.