Pesawat GE235 TransAsia Taiwan Video Detik2 Terakhir Ketika Terhempas

  • 9 years ago
TAIPEI: Saat-saat mencemaskan sebelum sebuah pesawat TransAsia Airways Taiwan terhempas ke dalam Sungai Keelung di Taiwan dirakam dan menjadi viral di laman internet. Rakaman video amatur yang tersebar di media sosial menunjukkan pesawat TransAsia ATR 72-600 itu melanggar jambatan serta sebuah teksi sebelum terjunam ke dalam sungai.
http://lynk.my/d7xW
Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila pesawat penumpang TransAsia Airways terhempas ke dalam sungai di Taiwan, iaitu nahas kedua membabitkan pesawat syarikat itu dalam tempoh tujuh bulan. Ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan malam ini, sebuah kren mengangkat bahagian tengah bangkai pesawat dari sungai itu dan satu mayat ditemui. Bahagian hadapan pesawat di mana 17 orang dipercayai terperangkap masih berada dalam sungai berkenaan.

Kemalangan pada kira-kira jam 11:00 pagi (0300 GMT) itu berlaku sejurus selepas pesawat malang tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Songshan di Taipei dalam perjalanannya ke Pulau Kinmen.

Menurut TransAsia, 16 yang terselamat dibawa keluar daripada bangkai pesawat turboprop yang membawa 58 penumpang dan anak kapal itu. Sebahagian besar penumpang adalah pelancong China.

Cuaca sejuk dan peningkatan paras air sungai menjejaskan usaha menyelamat mangsa dan pasukan mencari dan menyelamat mengakui mereka “tidak yakin” menemui lebih ramai mangsa yang terselamat.

Sumber:

http://www.astroawani.com/berita-duni...
http://pakdin.my/transasia-ge235-seku...